Thursday, January 12, 2017

Fenomena Azolla Sebagai Makanan Kambing



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Azolla. Semakin dikenali ramai terutama di kalangan penternak. Tetapi sejauh mana azolla dapat menampung keperluan makanan ternakan seharian seperti kambing?

Adakah dengan rule 10% daripada berat badan kambing, atau rule 2% dry matter, diberi makan azolla, dapat menampung keperluan seharian kambing tersebut? Atau azolla ini bertindak sebagai supplement?

Azolla adalah tumbuhan yang sangat produktif. Ianya akan berganda dalam masa 3-10 hari sahaja bergantung kepada keadaan. Ianya dapat mencecah 8-10 tan segar per hektar. (Feedipedia). Azolla adalah tumbuhan air. Jadi kandungan airnya sangat tinggi. Dry matter hanya 5-7% sahaja (Feedipedia). Sekiranya kita ada 100kg segar, kita hanya akan dapat 5-7kg kering.

Cubaan pemberian azolla kepada kambing di India (Feedipedia):

Anak kambing Osmanabadi, umur 3 bulan. Konsentrat diganti dengan 15 atau 25% azolla kering. Pemberian 15% menunjukkan peningkatan prestasi walaupun ianya menekan penghadaman nutrient.
Ghodake et al., 2012


Kambing Osmanabadi

Kambing Black Bengal. Konsentrat diganti dengan azolla kering sehingga 50%. Pemberian 20% hanya mengekalkan pertumbuhan tanpa kesan nyata. Pemberian 50% menyebabkan CIRIT. Tamang et al., 1993

Tetapi, pemberian azolla kepada ayam menunjukkan keputusan yang agak baik. 4.5% azolla dalam diet ayam pedaging mengurangkan kolestrol dalam serum dan daging. Tetapi tiada kesan nyata terhadap prestasi. Balaji et al., 2009; Balaji et al., 2010

Menggantikan konsentrat kambing 20% tiada kesan, jika 50% menyebabkan cirit. Jadi, sekiranya azolla bagus untuk kambing, berapa % yang sesuai? Dan yang pastinya azolla hanya boleh dibuat sebagai supplement saja. Jika saya, saya pilih daun petai belalang untuk digantikan dengan konsentrat. Kerana ianya kaya asid amino dan lebih digemari oleh kambing.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Facebook