Wednesday, October 12, 2016

Analisa SWOT Projek Ternakan Kambing

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Projek ternakan kambing semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. Ramai orang muda sekarang ni sudah memandang projek ternakan kambing suatu projek yang menguntungkan. Walaupun dulu projek ternakan kambing ni lebih sinonim dengan pakcik-pakcik di kampung. Ada satu ketika, customer call saya, dia panggil pakcik. What? Saya muda lagi la. Hahaha.

Apa pun, syabas kepada mereka yang berminat & mula berjinak-jinak dengan projek ternakan kambing ni. Mana-mana projek pun, sebelum mula, haruslah kita buat kajian dan analisa. Supaya kita dapat merangka strategi & operasi dengan baik.

Antara analisa yang boleh dijalankan adalah analisa SWOT. Menatang apa SWOT ni???

SWOT adalah akronim kepada Strengths, Weaknesses, Opportunities & Threats.

Strengths: KEKUATAN. Ciri-ciri projek yang beri kita kelebihan daripada projek orang lain
Weaknesses: KELEMAHAN. Ciri-ciri projek yang kita kekurangan berbanding projek orang lain
Opportunities: PELUANG. Unsur-unsur persekitaran kita, yang boleh kita teroka, capai & guna untuk memberi kelebihan kepada projek kita
Threats: HALANGAN. Unsur-unsur yang akan mendatangkan masalah kepada kita.


Apa gunanya analisa SWOT ni? Selalunya orang akan guna dalam strategi pemasaran. Bila kita dah senaraikan ciri-ciri & unsur-unsur dalam SWOT, kita dapat merangka satu strategi pemasaran yang ampuh. Selain kekuatan & peluang yang kita ada, kita dapat merangka pelan untuk atasi kelemahan & halangan yang kita akan hadapi.

Untuk mudahkan kerja hangpa, saya senaraikan serba sedikit SWOT untuk projek ternakan kambing.

KEKUATAN
  • kambing beranak cepat. 2 tahun boleh beranak 3 kali ke 4 kali
  • selalu beranak kembar
  • memerlukan ruang yang kecil
  • makan sikit saja
  • tak perlukan pekerja yang ramai
  • lokasi kandang mudah di akses & strategik
  • banyak sumber makanan percuma
  • ada buat servis tambahan (sembelih, proses, masak, penghantaran)
Operasi mencuci kandang & memandikan kambing di Lalah River Goat Farm. (Den pinjam yoo..)

KELEMAHAN
  • mudah kena penyakit & mati jika penjagaan tidak bagus
  • susah nak dapat pinjaman. tak semua bank bagi pinjam
  • kajian banyak, tapi tak semua boleh diaplikasikan di lapangan
  • sesetengah baka tidak sesuai dengan cuaca tempatan
  • pendapatan projek tak tetap
  • jualan bermusim
  • lokasi tidak strategik
  • stok yang sedikit

PELUANG
  • banyak produk hiliran dapat dihasilkan
  • kambing golek sekarang menjadi satu trend
  • banyak geran-geran ditawarkan kepada mereka yang layak
  • agensi kerajaan sedia membantu projek ternakan
  • margin yang tinggi (sesetengah kes, trading, jualan baka)
  • pelaburan awal yang rendah
  • kos operasi yang rendah
  • ada persatuan & kelab penternak
  • ada koperasi penternak
  • agrotourism
Agrotourism: Bagi makan bebiri

Kambing golek kini menjadi satu trend

HALANGAN
  • garispanduan menternak yang tak semua boleh ikut
  • kejadian kecurian yang semakin berleluasa
  • jika disahkan berpenyakit zoonotik, ternakan perlu dihapuskan
  • kambing boleh merosakkan pokok
  • kambing suka p ke tempat yang susah pengembala nak p
  • masalah anjing di kawasan ragutan
  • kambing nakal, suka makan pokok bunga orang, ragas merata. mengundang amarah
Ok. Ini hanyalah sebahagian yang terlintas di fikiran & sedikit kajian. Saya akan update sedikit demi sedikit. Hangpa boleh tambah sendiri. Kalau ada pertanyaan & pendapat, boleh komen di bawah. Terima kasih kerana menjadi pembaca blog saya. Hangpa memang hebat!


3 comments:

  1. Babi juga menjadi ancaman utama Di kawasan kebun pendalaman

    ReplyDelete
  2. Thank my sifu..moga allah merahmati sifu...

    ReplyDelete

Facebook