Thursday, October 13, 2016

17 Cara Nak Tahu Induk Kambing Bunting



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Macam mana nak tau kambing kita bunting? Penting ke kalau kita tahu? YA, PENTING. Kerana induk bunting penjagaan dia lain. Kena teliti. Kambing mesti sihat & tenang. Cukup makan, cukup ruang. Macam-macam hal akan terjadi kalau hangpa ambil mudah.

Jadi, apa kaedah untuk tahu kambing tu bunting ke tidak? Ni ha ada 17 cara yang saya cuba senaraikan untuk hangpa cuba.

1. DAH TAK DATANG BIANG. Kambing betina yang sihat biasanya akan datang biang setiap 18-20 hari. Ekor menggedik, bengkak, panjat kawan, ngorat jantan, merelakan diri di panjat. Bila dah bunting, dia dah tak menggedik. Jantan ngorat pun buat dek saja. TAPI. Kambing yang tak sihat pun dia tak datang biang. Kena ingat tu, jangan excited sangat. Check sama kondisi kambing tu.



2.  SELERA BERTAMBAH. Bila dah berbadan 2,3 4 ni, selera mesti bertambah. Makan dan makan. Mungkin juga sedikit agresif bila bab makan. Tak mau kongsi. Dia mesti makan banyak. Kalau tak cukup, induk kurus, anemik & tak larat, keguguran boleh berlaku. Belanja la dedak lebih sikit kalau dah tau bunting.

3. PERUT MAKIN CEKANG. Bukan sebelah kiri ye. Tu rumen. Cekang sebab makan banyak. Kalau bunting boleh tekan bawah perut depan dari tetek dia. Kalau bunting, berasa cekang. Kalau kosong, lembut. Ini kena ada pengalaman. Cuba jangan tak cuba.

4. PERANGAI INDUK BERUBAH. Mungkin menjadi lebih tenang, atau menjadi lebih agresif. Malu jadi tak malu. Minta belaian. Manja jadi cengey, mai dekat lari. Jangan teriak plak kambing kesayangan buat perangai. Hahaha.

5. PERANGAI PEJANTAN PUN BERUBAH. Boleh jadi agresif terhadap induk yang bunting. Atau dia tak layan dah betina tu kalau sebelum asyik nak hek hek hek dengan betina tu. Biasanya dia akan scan gaya flehman tu.



6. TETEK MEMBENGKAK. Ada induk, awal-awal dah turun susu. Tetek dah membengkak. Kadang-kadang, seminggu nak beranak pun tak turun susu. Lagi teruk, dah beranak pun susu tak ada. Yang ni jaga-jaga. Susu tak ada, kolustrum tak ada, bakal ada masalah nanti.



7. BENTUK TUBUH BERUBAH. Bila anak dalam perut semakin membesar, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bentuk tubuh induk. Perut sebelah kanan semakin menonjol, rumen pun makan terkeluar sedikit. Bila tengok balik, macam kembung pun ada. Kalau yang dah biasa beranak, perut nampak melandoq ke bawah. Kadang tak ada beza pun bunting tak bunting sebab kulit perut dah kendur.



8. BERDENGKUR. Kadang-kadang kambing ni akan berdengkur time tidur. Kalau bunting lagi kuat dia berdengkur. Kalau penat pun nampak dia tercungap-cungap lebih daripada biasa.

9. PERGERAKAN ANAK.  Bila anak dalam perut semakin besar, suku terakhir macam tu, kita boleh nampak atau perasan pergerakan anak. Kadang-kadang nampak macam ada benjol. Kalau kita tekan perut sebelah kanan, kita boleh rasa kepala atau kaki.

10. MUDAH TERKENCING BILA STRESS. Bila induk bunting, dia lebih mudah stress. Kalau kita ikat tali, dah tarik-tarik dia, tak semena-mena dia akan terkencing.

11. SUSU PEKAT. Cuba tarik susu tengok. Bila dah bunting ni, kolustrum akan mula terhasil. Ianya pekat daripada biasa. Kalau bunting awal, susunya semacam nak jernih dan pekat. Kalau bunting akhir, agak kekuningan dan pekat.

12. PREGNANCY TEST. Boleh panggil vet untuk buat ujian darah kebuntingan. Keputusan mungkin tepat & mungkin tidak tepat. Air kencing mungkin boleh juga diuji.



13. ULTRASOUND. Ultrasound ni kena pakai mesin dia la. Kalau nak beli pun ribu-ribu jugak. Boleh panggil jabatan veterina untuk buat ujian ulrasound. Yang ni boleh nampak dengan jelas bila kita scan.



14. POOCH TEST. Tengok perubahan anus & vulva dia. Ada yang biasa buat ke? Ambil gambar jubur dia, sebelum dan selepas macam gambar bawah ni. Kalau bunting, ada perubahan.



15. MELAMBUNG PERUT. Tak tau istilah tepat. Tengok gambar caranya. Angkat dan lepas. Kalau rasa macam ada benda beralun tu, insya Allah ada anak. Boleh baca selanjutnya di https://fiascofarm.com/goats/bouncing.html



16. PERIKSA PANGKAL EKOR. Ni untuk yang hampir nak beranak. Pangkal ekor akan meregang. Rujuk gambar untuk caranya. Selanjutnya di https://fiascofarm.com/goats/prenatalcare.html



17. DAH TAK MAU NYUSUKAN ANAK. Kadang-kadang ada yang masih menyusukan anak, tapi dah bunting. Dia akan elak anak tu daripada menyusu.

OK. Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Kalau sapa ada pengalaman sendiri untuk check induk yang bunting boleh share di ruangan komen. Sama-sama kita belajaq. Apa-apa masalah atau nak tanya pasal kambing, habaq mai.

Dan 5hb November 2016, saya akan buat satu seminar Borak Kambing di Sungai Petani, Kedah. Yuran RM50 sahaja. Saya akan kongsi pengalaman saya menternak kambing dan asas penternakan kambing. Boleh whatsapp kod BKDJ2 ke +6019-4513061 untuk maklumat lanjut.

Sekian. Terima kasih!

No comments:

Post a Comment

Facebook