Friday, October 14, 2016

4 Jenis Rumput Tropika Paling Tahan Teduhan



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Banyak rumput yang kita lihat, ditanam di kawasan lapang, terbuka. Untuk mendapatkan sinaran matahari yang maksima.

Tapi ada ke rumput yang boleh hidup di kawasan redup, bawah pokok, di bawah teduhan pokok-pokok besar?

Ya, ada yang boleh hidup bawah teduhan & tahan naungan.

4 jenis rumput yang paling tahan teduhan adalah:

1. Panicum maximum

2. P. maximum cv. Tanganyika
3. Digitaria setivalva

4. Brachiaria decumbens


4 jenis rumput ini adalah hasil kajian CC Wong, H. Rahim dan M.A Mohd Sharudin, dengan tajuk kertas kajian mereka, Shade Tolerance Potential of Some Tropical Forages For Integration with Plantations.

4 jenis rumput ini adalah daripada 12 jenis rumput yang dikaji. 12 rumput tersebut adalah:

1. Axonopus compressus (Sw.) Beauv. RUMPUT KARPET
2. B rachiaria decumbens Stapf . RUMPUT SIGNAL
3. Brachiaria ruziziensis Germain & Evrard . RUMPUT CONGO.
4. Digitaria setivalva Stent. RUMPUT DIGIT MARDI
5. Digitaria decumbens cv. Transvala (Stent) RUMPUT TRANSVALA DIGIT
6. Ottochloa nodosa (Ktnth) Dandy RUMPUT PAHIT

7. Panicum maximum var. trichoglume (Eyles) RUMPUT PANIC
8. Panicum maximum lacq. RUMPUT GUINEA
9. Panicum maximum cv. Tansanvika RUMPUT GUINES TANGANYIKA
10. Paspalum conjugatum Berg. RUMPUT TEE
11. Setaria sphacelata var. sericea cv.  Kazungula (Schumach) Stapf. & C.E. Hubb RUMPUT SETARIA KAZUNGULA

12. Setaria sphacelata var. splendida (Stapf.) RUMPUT SETARIA SPLENDIDA


Ranking:
56% Cahaya
1- Tanganyika guinea
2- Common guinea
3- MARDI digit
4- Green panic
5- Signal grass

34% Cahaya
1- Common guinea
2- Tanganyika guinea
3- Green panic
4- Rumput pahit
5- MARDI digit

18% Cahaya
1- Tanganyika guinea
2- Green panic
3- Common guinea
4- Carpet grass
5- Signal grass

Rumput pahit tu, ada banyak tumbuh bawah pokok sawit. Boleh p cari tengok. Kambing pun suka makan, naik pun cepat. Cumanya, kadar nutrisi tak berapa pasti. Kalau buat silaj cantik tu. Hehehe.

Sekian saja perkongsian pasal rumput. Boleh la cari benih rumput untuk ditanam di kawasan teduhan jika tiada kawasan lapang. Yang penting, penjagaan kena betul, waktu tuai kena cantik. Baru dapat maksimumkan zat rumput tu. Terima kasih.












Resepi Silaj Lengkap (Silase Komplit)



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sekarang semua pakat nak buat silaj. Macam-macam silaj ada. Ada yang jadikan makanan tambahan, ada yang jadikan makanan ketika bencana, ada yang jadikan makanan ketika sibuk & ada yang jadikan makanan ruji. Hari-hari hadap silaj. Tak jemu ke kambing tu?

Tapi saya nak share resepi silaj lengkap, sedikit ubahsuai daripada resepi silase komplit web ini, https://indonesiabertanam.com/2014/06/23/cara-membuat-silase-komplit-pakan-ternak/.

Ok. Straight to the point!

CARA MEMBUAT SILAJ LENGKAP (SILASE KOMPLIT)

Bahan-bahan:
  1. Batang jagung (100kg)
  2. Dedak (25kg)
  3. EM (200ml)
  4. Urea (0.5kg)
  5. Molases (0.75kg)
  6. Garam dapur (1kg)
  7. Air tanpa klorin (20liter)
Peralatan:
  1. Bekas plastik (tong biru)
  2. Baldi
  3. Gayung
  4. Tali
  5. Penyodok
  6. Mesin pencacah (Chopper)
Cara-caranya:
  1. Cacah batang jagung sehingga halus. Gaulkan dengan dedak dan garam dapur.
  2. Siapkan starter. Di dalam baldi, campur air tanpa klorin, urea, molases & EM. Aduk sehingga sebati. Diamkan selama 3-4 jam.
  3. Siramkan starter ke campuran batang jagung tadi secara merata. Aduk sehingga semua bahan lembab dengan starter.
  4. Masukkan ke dalam bekas plastik, padatkan sepadat-padatnya dan tutup rapat serapat-rapatnya.
  5. Silaj lengkap ini siap diberikan kepada ternakan setelah ianya sejuk & baunya masam-masam manis.
Akan dikemaskini kemudian...

Thursday, October 13, 2016

17 Cara Nak Tahu Induk Kambing Bunting



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Macam mana nak tau kambing kita bunting? Penting ke kalau kita tahu? YA, PENTING. Kerana induk bunting penjagaan dia lain. Kena teliti. Kambing mesti sihat & tenang. Cukup makan, cukup ruang. Macam-macam hal akan terjadi kalau hangpa ambil mudah.

Jadi, apa kaedah untuk tahu kambing tu bunting ke tidak? Ni ha ada 17 cara yang saya cuba senaraikan untuk hangpa cuba.

1. DAH TAK DATANG BIANG. Kambing betina yang sihat biasanya akan datang biang setiap 18-20 hari. Ekor menggedik, bengkak, panjat kawan, ngorat jantan, merelakan diri di panjat. Bila dah bunting, dia dah tak menggedik. Jantan ngorat pun buat dek saja. TAPI. Kambing yang tak sihat pun dia tak datang biang. Kena ingat tu, jangan excited sangat. Check sama kondisi kambing tu.



2.  SELERA BERTAMBAH. Bila dah berbadan 2,3 4 ni, selera mesti bertambah. Makan dan makan. Mungkin juga sedikit agresif bila bab makan. Tak mau kongsi. Dia mesti makan banyak. Kalau tak cukup, induk kurus, anemik & tak larat, keguguran boleh berlaku. Belanja la dedak lebih sikit kalau dah tau bunting.

3. PERUT MAKIN CEKANG. Bukan sebelah kiri ye. Tu rumen. Cekang sebab makan banyak. Kalau bunting boleh tekan bawah perut depan dari tetek dia. Kalau bunting, berasa cekang. Kalau kosong, lembut. Ini kena ada pengalaman. Cuba jangan tak cuba.

4. PERANGAI INDUK BERUBAH. Mungkin menjadi lebih tenang, atau menjadi lebih agresif. Malu jadi tak malu. Minta belaian. Manja jadi cengey, mai dekat lari. Jangan teriak plak kambing kesayangan buat perangai. Hahaha.

5. PERANGAI PEJANTAN PUN BERUBAH. Boleh jadi agresif terhadap induk yang bunting. Atau dia tak layan dah betina tu kalau sebelum asyik nak hek hek hek dengan betina tu. Biasanya dia akan scan gaya flehman tu.



6. TETEK MEMBENGKAK. Ada induk, awal-awal dah turun susu. Tetek dah membengkak. Kadang-kadang, seminggu nak beranak pun tak turun susu. Lagi teruk, dah beranak pun susu tak ada. Yang ni jaga-jaga. Susu tak ada, kolustrum tak ada, bakal ada masalah nanti.



7. BENTUK TUBUH BERUBAH. Bila anak dalam perut semakin membesar, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bentuk tubuh induk. Perut sebelah kanan semakin menonjol, rumen pun makan terkeluar sedikit. Bila tengok balik, macam kembung pun ada. Kalau yang dah biasa beranak, perut nampak melandoq ke bawah. Kadang tak ada beza pun bunting tak bunting sebab kulit perut dah kendur.



8. BERDENGKUR. Kadang-kadang kambing ni akan berdengkur time tidur. Kalau bunting lagi kuat dia berdengkur. Kalau penat pun nampak dia tercungap-cungap lebih daripada biasa.

9. PERGERAKAN ANAK.  Bila anak dalam perut semakin besar, suku terakhir macam tu, kita boleh nampak atau perasan pergerakan anak. Kadang-kadang nampak macam ada benjol. Kalau kita tekan perut sebelah kanan, kita boleh rasa kepala atau kaki.

10. MUDAH TERKENCING BILA STRESS. Bila induk bunting, dia lebih mudah stress. Kalau kita ikat tali, dah tarik-tarik dia, tak semena-mena dia akan terkencing.

11. SUSU PEKAT. Cuba tarik susu tengok. Bila dah bunting ni, kolustrum akan mula terhasil. Ianya pekat daripada biasa. Kalau bunting awal, susunya semacam nak jernih dan pekat. Kalau bunting akhir, agak kekuningan dan pekat.

12. PREGNANCY TEST. Boleh panggil vet untuk buat ujian darah kebuntingan. Keputusan mungkin tepat & mungkin tidak tepat. Air kencing mungkin boleh juga diuji.



13. ULTRASOUND. Ultrasound ni kena pakai mesin dia la. Kalau nak beli pun ribu-ribu jugak. Boleh panggil jabatan veterina untuk buat ujian ulrasound. Yang ni boleh nampak dengan jelas bila kita scan.



14. POOCH TEST. Tengok perubahan anus & vulva dia. Ada yang biasa buat ke? Ambil gambar jubur dia, sebelum dan selepas macam gambar bawah ni. Kalau bunting, ada perubahan.



15. MELAMBUNG PERUT. Tak tau istilah tepat. Tengok gambar caranya. Angkat dan lepas. Kalau rasa macam ada benda beralun tu, insya Allah ada anak. Boleh baca selanjutnya di https://fiascofarm.com/goats/bouncing.html



16. PERIKSA PANGKAL EKOR. Ni untuk yang hampir nak beranak. Pangkal ekor akan meregang. Rujuk gambar untuk caranya. Selanjutnya di https://fiascofarm.com/goats/prenatalcare.html



17. DAH TAK MAU NYUSUKAN ANAK. Kadang-kadang ada yang masih menyusukan anak, tapi dah bunting. Dia akan elak anak tu daripada menyusu.

OK. Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Kalau sapa ada pengalaman sendiri untuk check induk yang bunting boleh share di ruangan komen. Sama-sama kita belajaq. Apa-apa masalah atau nak tanya pasal kambing, habaq mai.

Dan 5hb November 2016, saya akan buat satu seminar Borak Kambing di Sungai Petani, Kedah. Yuran RM50 sahaja. Saya akan kongsi pengalaman saya menternak kambing dan asas penternakan kambing. Boleh whatsapp kod BKDJ2 ke +6019-4513061 untuk maklumat lanjut.

Sekian. Terima kasih!

Wednesday, October 12, 2016

Analisa SWOT Projek Ternakan Kambing

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Projek ternakan kambing semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. Ramai orang muda sekarang ni sudah memandang projek ternakan kambing suatu projek yang menguntungkan. Walaupun dulu projek ternakan kambing ni lebih sinonim dengan pakcik-pakcik di kampung. Ada satu ketika, customer call saya, dia panggil pakcik. What? Saya muda lagi la. Hahaha.

Apa pun, syabas kepada mereka yang berminat & mula berjinak-jinak dengan projek ternakan kambing ni. Mana-mana projek pun, sebelum mula, haruslah kita buat kajian dan analisa. Supaya kita dapat merangka strategi & operasi dengan baik.

Antara analisa yang boleh dijalankan adalah analisa SWOT. Menatang apa SWOT ni???

SWOT adalah akronim kepada Strengths, Weaknesses, Opportunities & Threats.

Strengths: KEKUATAN. Ciri-ciri projek yang beri kita kelebihan daripada projek orang lain
Weaknesses: KELEMAHAN. Ciri-ciri projek yang kita kekurangan berbanding projek orang lain
Opportunities: PELUANG. Unsur-unsur persekitaran kita, yang boleh kita teroka, capai & guna untuk memberi kelebihan kepada projek kita
Threats: HALANGAN. Unsur-unsur yang akan mendatangkan masalah kepada kita.


Apa gunanya analisa SWOT ni? Selalunya orang akan guna dalam strategi pemasaran. Bila kita dah senaraikan ciri-ciri & unsur-unsur dalam SWOT, kita dapat merangka satu strategi pemasaran yang ampuh. Selain kekuatan & peluang yang kita ada, kita dapat merangka pelan untuk atasi kelemahan & halangan yang kita akan hadapi.

Untuk mudahkan kerja hangpa, saya senaraikan serba sedikit SWOT untuk projek ternakan kambing.

KEKUATAN
  • kambing beranak cepat. 2 tahun boleh beranak 3 kali ke 4 kali
  • selalu beranak kembar
  • memerlukan ruang yang kecil
  • makan sikit saja
  • tak perlukan pekerja yang ramai
  • lokasi kandang mudah di akses & strategik
  • banyak sumber makanan percuma
  • ada buat servis tambahan (sembelih, proses, masak, penghantaran)
Operasi mencuci kandang & memandikan kambing di Lalah River Goat Farm. (Den pinjam yoo..)

KELEMAHAN
  • mudah kena penyakit & mati jika penjagaan tidak bagus
  • susah nak dapat pinjaman. tak semua bank bagi pinjam
  • kajian banyak, tapi tak semua boleh diaplikasikan di lapangan
  • sesetengah baka tidak sesuai dengan cuaca tempatan
  • pendapatan projek tak tetap
  • jualan bermusim
  • lokasi tidak strategik
  • stok yang sedikit

PELUANG
  • banyak produk hiliran dapat dihasilkan
  • kambing golek sekarang menjadi satu trend
  • banyak geran-geran ditawarkan kepada mereka yang layak
  • agensi kerajaan sedia membantu projek ternakan
  • margin yang tinggi (sesetengah kes, trading, jualan baka)
  • pelaburan awal yang rendah
  • kos operasi yang rendah
  • ada persatuan & kelab penternak
  • ada koperasi penternak
  • agrotourism
Agrotourism: Bagi makan bebiri

Kambing golek kini menjadi satu trend

HALANGAN
  • garispanduan menternak yang tak semua boleh ikut
  • kejadian kecurian yang semakin berleluasa
  • jika disahkan berpenyakit zoonotik, ternakan perlu dihapuskan
  • kambing boleh merosakkan pokok
  • kambing suka p ke tempat yang susah pengembala nak p
  • masalah anjing di kawasan ragutan
  • kambing nakal, suka makan pokok bunga orang, ragas merata. mengundang amarah
Ok. Ini hanyalah sebahagian yang terlintas di fikiran & sedikit kajian. Saya akan update sedikit demi sedikit. Hangpa boleh tambah sendiri. Kalau ada pertanyaan & pendapat, boleh komen di bawah. Terima kasih kerana menjadi pembaca blog saya. Hangpa memang hebat!


Monday, August 15, 2016

Borak Kambing Bersama Don Jenal



Sekarang ni ramai yang nak ternak kambing. Yang bekerja pun berminat. Tapi tak tahu macam mana nak mula & "adjust" masa? Memerlukan khidmat nasihat atau mentor?
.
Jangan susah hati. Jom sertai sesi Borak Kambing Bersama Don Jenal. Satu perkongsian pengalaman. Saya akan kongsikan pengalaman saya, dari penjawat awam ke penternak kambing sepenuh masa. "Do's and Don'ts" dalam penternakan kambing.
.
====================================================
Borak Kambing Bersama Don Jenal. Dari Penjawat Awam ke Penternak Kambing. Satu Perkongsian Pengalaman.
.
TARIKH: 01 OKTOBER 2016 (Sabtu)
MASA: 8:30AM - 2:00PM
LOKASI: Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah.
YURAN: RM25.00 (minum pagi, makan tengahari, sijil & nota)
.
Sepuluh (10) intipati perkongsian:
1- Penternakan jarak jauh PJJ
2- Kenapa berhenti makan gaji?
3- Cara menternak kambing secara sambilan
4- Kuasai makanan, kuasai ternakan
5- Apa yang perlu sebelum mula?
6- Cara mengurangkan kos start-up projek ternakan kambing
7- Perlunya membina jaringan penternak
8- Boleh dapat bantuan ke?
9- Do's & Don'ts dalam ternakan kambing
10- Dimana untungnya?
.
SMS/Whatsapp ke 019-4513061 untuk pertanyaan atau pendaftaran. Sila bawa pendrive untuk nota & kertas kerja softcopy (PERCUMA). Yuran selewatnya 15hb September 2016.
.
Tempat adalah TERHAD! Saya akan "follow up" projek dengan peserta yang hadir. Khidmat nasihat adalah PERCUMA. Insya Allah.
.
->> SMS/WHATSAPP "borak kambing" ke +6019-4513061 
->> SMS/WHATSAPP "borak kambing" ke +6019-4513061 
->> SMS/WHATSAPP "borak kambing" ke +6019-4513061 
.
Atau, inbox terus ke http://m.me/utarameat.livestock
.
Dikuasakan oleh Utara Meat & Livestock, Kuala Ketil, Kedah. Mencipta Legasi. Membina Dinasti. ‪#‎gengkambing‬ ‪#‎borakkambing‬ ‪#‎donjenal‬
.
Email: utarameat.livestock@yahoo.com
Blog: http://www.kambingmuda.xyz/

Monday, March 14, 2016

Aku Pengembala Kambing FULLTIME

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Apa habaq semua? Rindu cheq tak? Hehehe

Sekarang cheq fulltime bela kambing. Jadi pengembala kambing. Ni ada gambaq untuk tatapan semua pengunjung blog Projek Kambing Muda.

Bapa Susuan

Comel kan?

Gembala bawah kabel

Gembala dalam kebun sawit

Gembala kawasan senduduk

Belemoih! turun selamatkan kambing

Kalau nak tanya pasal bela kambing, boleh terus whatsapp ke 019-4513061.

Coming soon, SEMBANGsembang Ruminan GTR Zon Utara, cadangnya akan dibuat di Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah pada 1 April 2016, selepas Maghrib. Sapa nak join, boleh mai. Tak kira, otai lama, baru ternak atau masih terkial-kial nak ternak apa, boleh mai. Free of charge. Bawa duit belanja sendiri, hehehe. Nak tau padal GTR pun boleh masa tu.



Sekian, Assalamualaikum & salam sejahtera!

Sunday, January 17, 2016

Projek Hotel de Cabras UML - Pakej penjagaan kambing

Nak ternak kambing? TAPI.. Modal ciput? Tempat & masa tiada?

Projek ★HOTEL DE CABRAS UML★ adalah yang anda cari!

Anda beli pakej kami, kami jaga kambing anda sepenuh hati.

Anda tidak perlu:
1- Fikirkan kos start-up yang tinggi
2- Fikirkan operasi projek yang agak rumit
3- Mencari pekerja yang boleh menjaga kambing anda sebaiknya
4- Fikirkan di mana @ bagaimana untuk menjual kambing anda

.............................................................................
Pakej Hotel de Cabras UML
`````````````````````````````````````
★Pakej BRONZE★
2 ekor induk kacukan Boer x RM700, RM1400.00
Upah Jaga: RM1.50/ekor/hari; RM45/ekor/bulan

★★Pakej SILVER★★
5 ekor induk kacukan Boer x RM680, RM3400.00
Upah Jaga: RM1.40/ekor/hari; RM42/ekor/bulan

★★★Pakej GOLD★★★
10 ekor induk kacukan Boer x RM650, RM6,500.00
Upah Jaga: RM1.20/ekor/hari; RM36/ekor/bulan

★★★★Pakej PLATINUM★★★★
20 ekor induk kacukan Boer x RM600, RM12,000.00
Upah Jaga: RM1.00/ekor/hari; RM30/ekor/bulan
.............................................................................

a) Terhad 100 ekor induk kacukan boer (35kg hidup, purata)
b) Pejantan kami sediakan (Boer/Kalahari)
c) Harga induk termasuk kos pembelian, pengendalian & perawatan awal
d) Upah jaga anak berumur 2 bulan ke bawah PERCUMA
e) Upah jaga termasuk kandang, makan minum, penjagaan & perawatan
f) Kambing digembala, diberi makanan tambahan & vitamin bulanan
g) BUYBACK GUARANTEE*
h) Kambing mati akan diganti*
i) Projek mula apabila capai minimum 50 ekor induk
j) Projek dijalankan di Kampung Kuala Bakong, Kuala Ketil, Kedah & dipantau oleh Jabatan Veterinar Daerah Baling Kedah
k) Latihan praktikal & khidmat nasihat PERCUMA untuk pemilik kambing

Berminat? Jangan tunggu lama. Slot induk terhad. Cepat! Sepantas kilat whatssapp @ SMS "HoteldeCabras" ke 019-4513061

#gengkambing #agropreneurmuda #hoteldecabras

Mencipta Legasi. Membina Dinasti. UML.
Sejak Mac 2012
www.kambingmuda.xyz

*Buyback guarantee, mengikut kadar yang dipersetujui
*Kematian akibat kecuaian akan diganti

Nak ternak kambing? TAPI.. Modal ciput? Tempat & masa tiada?Projek ★HOTEL DE CABRAS UML★ adalah yang anda cari!Anda...
Posted by UML Kambing Aqiqah Kedah 019-4513061 on Thursday, 14 January 2016

Facebook