Monday, February 3, 2014

Teknik Menghasilkan Sendiri IMO1 (Indigenous Micro-organism) atau EM - Tn Haji Mohd Nasir Samat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perkongsian hari ini adalah, teknik menghasilkan sendiri, IMO1 (Indigenous Micro-organism) atau lebih dikenali dengan EM (Effective Micro-organism), dan dikenali sebagagi MOL (Mikro-organisma Lokal) di Indonesia. Teknik ini dikongsikan oleh, Tn Haji Mohd Nasir Samat di Facebook saya.

Sedikit Biodata:


Tn Haji Mohd Nasir Samat
Pemilik/Pengarah Urusan Sumobek Sdn. Bhd.
Pemilik/Pengarah Urusan Semosa Sdn Bhd
Pemilik/Pengarah Urusan S.E.M Inspection SDN BHD
Presiden IGFA (Persatuan Usahawan Ternakan Kambing Malaysia)
Penerima Anugerah Penternak Jaya 2013,  HPPNK 2013
Pengasas Baka Bebiri SUMO


Ini teknik yang dikongsikan oleh beliau, original punya:

"Hah..hah..microb nasi senang aje nak buat Don Jenal de Cabras. Nasi sejuk disiram/renjis air, ratakan agar keseluruhan nasi basah. Masukkan dalam bakul plastik sayur, letakkan dirumpun buluh/serai/lalang. Tutup permukaannya ngan zing agar tak kena direct hujan atau matahari. Biarkan selama 2hari 3malam. Selepas itu akan tumbuh spora berwarna putih kekuningan dan gaulkan nasi serta spora tadi ngan molases yg sama kuantiti. Simpan dalam bekas kedap udara atau botol kueh selama 5hari. Itulah ibu microbe atau IMO1(indigeneous micro-organism). Utk menjadi IMO2, campurkan/larutkan ngan nisbah 1:1:10 iaitu 1IMO1, 1molases dan 10 air tanpa klorin. Simpan selama 5hari dan boleh jual selepas tu...hah..hah.. jangan terperanjat jika anda membeli EM1 dipasaran bersamaan ngan ape yg den tuliskan tadi..heh..heh.."

"Jangan lebih dari 2hari3malam sebab lepas tu warna spora kehitaman, itu menandakan microb yg tidak baik dan tak sesuai utk kegunaan kita."

"Samolah tu Don Jenal de Cabras perbezaan dari segi bahasa aje. Tujuan kita letak bawah rumpun buluh/serai/lalang adalah utk mendapatkan mikrob yg lasak. Paling lasak dan baik adalah mikrob dari buluh.
Yakult + nasi pun boleh, begitu jugak sumber yakult sendiri iaitu susu segar lembu atau kambing(kalau susu kambing sesuai tuk den minum ajo). Gunakan yg rosak/basi pun ok."

"Nak pastikan mikrob hidup mudah aje, letakkan ditempat panas kita boleh dengar pergerakan mikrob macam botol air coke kena goncang. Jika dibuka tutup botol nescaya ia akan meloncat keluar..awas boleh jadi bom mikrob.."

Terima kasih Tn Haji Nasir kerana sudi berkongsi, semoga ilmu ini menjadi satu jariah. Insya Allah. Semoga terus berjaya dalam bidang penternakan.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. TQ,nok test,kurang2 tinja tu boleh recycle,tabur kat rumput/foraj.Untung wee,kalau lebih boleh jual.Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bereh boh.. test jangan x test. boleh pitih extra..

      Delete

Facebook