Thursday, January 23, 2014

Aku & WhatsApp...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak saya menawarkan khidmat nasihat mengenai projek penternakan kambing, ada beberapa orang telah bertanya kepada saya, sama ada melalui whatsapp, sms, call atau facebook. Alhamdulillah.

Saya bukanlah penternak mega, kalau nak dibandingkan dengan prof Alwi dari Alwi Goat Farm, ibarat air setitik dengan air setempayan. Apa yang merisaukan saya adalah, orang akan pandang pada bilangan kambing saya, pengalaman saya menternak kambing.

Don't judge the book by its cover. Apa yang saya kongsikan, mungkin takda dalam buku, even pergi tanya pada Jab. Veterinar pun belum tentu mereka sudi jawab. Hehehe.

Di rumah saya. Ada beberapa buku bahasa Indonesia yang saya pinjam dari WB Farm, Kuching. Memang berbeza, memang ketinggalan industri kambing kita jika nak dibandingkan dengan Indonesia. Salute bapak2 penternak Indonesia!

Saya akan terus membantu anda semua, terutama yang baru nak memulakan projek ternakan kambing, terutama dari segi kos permulaan untuk menternak. Startup tak perlu mahal2, tak perlu canggih, kurangkan CAPEX (capital expenses), fokus kepada kecekapan OPEX (operation expenses).

Ini bukan zaman Pak Lah, kandang macam chalet, ini juga bukan zaman Pak Jib, dalam budget dok burung walit je, ini zaman penternak usaha sendiri, zaman penternak gembala sendiri, lebih kreatif, lebih inovasi, lebih berilmu.

Ini zaman bank-bank tak percaya kepada potensi projek penternakan, ini zaman Jab Veterinar pilih bulu. Ini zaman orang politik buat projek untuk nama. Hahahahaha, suka hati je aku hentam. Ini zaman realiti, bukan zaman fantasi. Ini zaman penternak harus percaya pada darah pribumi. Ini zaman bukan zaman penternak boleh minta bantuan kewangan sana sini. Ini zaman bukan zaman masyarakat boleh pandang lekeh pada projek ternakan.

Cara saya simple, calculation simple, cuma saya akan jadikan baka kampung/katjang/kacang atau kacukannya sebagai guideline, dan sangat disyorkan kepada penternak baru/beginner/newbie. Kadang ada yang tanya boer, jamna, susah sikit saya nak detailkan sebab harga dia, kadang di sesetengah kandang, dia kira ikut warna, ikut telinga. hahahah.

Sekian, wallahu a'lam. Jika perlukan khidmat nasihat saya, silakan whatsapp, wechat, sms, 0194513061, Zainal a.k.a Don.

11 comments:

  1. Alhamdulillah.....ada lagi satu reference!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah, tolong mana patut, akan jadikannya lebih professional.

      Delete
  2. Dah save no phone kapten dalam phone saya.bersedia untuk menerima pelbagai pertanyaan. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. silakan.. whatsapp, jimat sket.. 0194513061. celcom

      Delete
  3. Hureeeey! sekepala macam ambo,mula ngan kambing kampong,pah tu kite kawin la we ngan apo2 bangsa pun,janji darah kite mesti campur punye.Dah banyak ambo pgi tengok kekawan yang plihara bangsa2 luar ni.Pening kepalo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul boh.. hok tino kite cari kampong, nak bapok, kite wi ko boer, besar sket anak2 dia. janji ada darah kampong.

      Delete
  4. berdiri bulu roma bace psal zaman skrg...terus bersemangat :)

    ReplyDelete
  5. pape pom tq kerana bnyak mmberi nasihat selama ini-marcelo

    ReplyDelete

Facebook