Thursday, October 24, 2013

Balik Raya Haji - Part 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Raya haji hari tu bercuti di kampung, dapatla tengok kambing yang semakin berkurang tu. Dan dapat juga makan bihun sup kambing, sembelih sendiri.


Ni je kambing yang tinggal. Tu pun kurap tak sembuh lagi, tak sempat nak buat rawatan susulan. Part 2 nanti cerita pasal kambing saya.


Saya bukan penternak yang besar, tak layak nak jadi mentor ke sifu ke, cuma saya banyak membaca & bertanya. Tu yang knowledge ada lebih sikit, Alhamdulillah. Boleh la nak terangkan kepada kawan-kawan yang ada mesej & whatsapp, hampir semua yang bertanya, baru nak mula menternak. Apa yang saya kongsikan, berdasarkan knowledge saya. Lain orang, lain cara & knowledge dia.

Balik hari tu sempat la p My Goat Farm di Changlun Kedah. Konvoi juga la. Saya bersama abang Zaidi Husin dari Naka Kedah, otai ni tapi bujang lagi (promote sikit, hehehe), kawan kolej saya Anas & seorang lagi, kenalan whatsapp, baru mula nak menternak, Syakir bersama isteri dan adiknya. Asalnya nak bawa Syakir p Baling Kedah, melawat kandang Ketemba Agro Farm, milik Khairie, tapi dah alang-alang nak p Changlun, ajak dia sekali. Tapi asalnya nak jumpa abang Zaidi je di Pokok Sena, tapi terus ke Changlun, jumpa Pn Sha & En Mahazir. Siap terlajak tu, tak pernah p la katakan. Kandang yang kami p ni kandang breeding, kandang trading ada di Sintok Kedah, depan EDC-UUM.

Dapat la sembang-sembang sekejap, naik kandang & sebagainya. Bagus, ramah 2 orang ni. Syakir pun tengok macam excited je, bagus la. Sebenarnya bagus p terjah kandang orang ni, kita dapat tengok, nilai dan rasai susah payah penternak sebut. Apa yang baik kita boleh ikut, yang tak baik tu, kita tegur & kongsi cara yang lebih baik. Ada seekor kambing tu, manja betul, orang naik kandang dia naik, orang turun kandang dia ikut. tapi sayang, tak ambil gambar, nak tengok, kena p sendiri la. Hahahaha.

Ni antara gambar di My Goat Farm

En Mahazir tengah sharing dengan Syakir dan bininya.

Baju belang abang Zaidi, yang vogue tu Pn Sha & yang baju merah tu kawan saya, Anas (tokey ni, nampak macam nak buat juga projek kambing).

Feeder untuk letak napier, biar kambing cagut daun sikit-sikit, takda la bersepah lantai.

Kandang & sebahagian kambing di My Goat Farm.

Yang paling hardcore dalam trip tu, abang Zaidi. fuh... macam bomoh, banyak benda dia tau pasal fodder. Banyak knowledge yang dikongsikan beliau, dalam tempoh yang singkat. Dapat lagi hasil rompakan, penuh kereta Unser saya tu, berguni-guni. Minta sikit je. Alhamdulillah, terima kasih abang Zaidi. Tak puas sembang lagi, lain kali kita jumpa lagi.

Dan 1 lagi kandang saya p masa di Kedah, macam biasa la, kalau sempat mesti la ke Ketemba Agro Farm. Bukan apa, nak hantar susu tepung kepada Khairie, sebab dia dok ngasuh seekor anak jantan saya, yang kematian ibu. Dah pandai makan rumput dah, tapi nak menyusu lagi. Dapat juga la pinjam tong biru untuk buat silaj. Terima kasih bro, nanti hantar balik.

Ok, cukup untuk part 1. Kalau nak cerita detail, mau berjela-jela lagi. Sekarang kita buat besiri plak. Prof Alwi sekarang pun dah rancak online, Facebook pun makin cekap, dah pandai upload video tu. Hehehe. Part 1 ni, kalau cerita detail, berpinar mata nak baca nanti, dengan abang Zaidi tu, 1 post pun tak cukup. Hahaha.

Terima kasih kepada yang membaca blog saya, yang bertanya harap teruskan minat nak ternak tu, belajar dulu, banyakkan bertanya. P la melawat kandang-kandang berhampiran. Biar kandang kecil, tapi bermakna. Sedut banyak-banyak knowledge yang ada. Buat latihan sangkut. Insya Allah, anda dapat mulakan projek dengan lebih mudah dan lebih berilmu.

To be continued.. Part 2

6 comments:

  1. Salam Mr Don.

    My Goat Farm ni breeder kan? Bila start operasi? Ada berapa ekor? Bil induk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam prof. Dia buat breeding (changlun) & trading (trading). Sy x tanya plak berapa induk dia. Tapi jumlah kambing puluh2 la. Start operasi 2012.

      Delete
  2. Kapten don xsihat ke,lamd xupdate blog..bjanggut dah tggu nih,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sorry bro... mcm2 hal.. nk update la ni...

      Delete
  3. Assalam
    Bro sya minat nk ternak kambing tp masalahnya knowledge yg sy ad cuma melalui pembacaan.. praktikal tak lg. Hehe jd nk mta advice drpada abg2 senior. Tuk pmulaan brpa ekor kambing yg ideal tuk sya ternak. (Tiada pengalaman )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. untuk beginner, cuba bela bawah 10 ekor dulu. cari kacukan kampung. kacukan kampung ni tahan lasak, jadi kalau dia bahan eksperimen pun, masih boleh bertahan lama. disamping harganya murah dan selalu beranak kembar. whatsapp 0194513061

      Delete

Facebook