Monday, June 3, 2013

REFUGIA! Cacing "Pelarian" Penyelamat Kambing

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah baca beberapa artikel, baru saya faham serba sedikit mengenai REFUGIA. Tuan-tuan pengamal, penjual, pengiklan, pengeluar produk anthelmintic, adakah tuan-tuan tahu apa itu REFUGIA? Takkan tak tau kot, dok guna ivermectin, albendazole (yang saya ingat la), takkan tak ambik tau kot. (yang mana boleh akses internet la, pakcik2 yang takda akses tu, bukan salah mereka). Saya terpaksa guna albendazole pada kambing, jadi saya perlu tahu kesan kebaikan & keburukan chemical dewormer ni. Jangan tau guna je. Saya pun tak berapa tahu sangat kebaikan albendazole ni. Hahahahaha.

REFUGIA ni berkait rapat dengan anthelmintics resistance, yakni apabila sampai satu tahap, ubat cacing yang kita dok suntik ke bagi oral tu, sudah tidak berkesan. Seperti artikel saya yang lepas, mengenai panadol. Sakit kepala je makan panadol, mula sebijik ok. Lama lepas tu dok makan, 2 biji baru berkesan. Setelah sekian lama, 3 biji baru berkesan, Masa tu memang dah wujud resistant.

Apa itu REFUGIA? REFUGIA adalah cacing "pelarian" atau cacing bodoh, yang belum kenal kuasa dewormer, yang susceptible dengan dewormer. Mana nak dapat REFUGIA? REFUGIA hidup dalam hos (kambing) yang tak kena drench dan yang berada atas tanah. Memang dia tak tahu la pasal dewormer albendazole ke ivermectin ke kalau macam tu.

Salah satu punca kepada anthelmintics resistance adalah MASS DEWORMING. Sekali sekala ok la kalau kes serius, tapi yang berkala @ berjadual ni yang mendatangkan masalah. 3 bulan je mass deworming, 3 bulan je mass deworming. Kenapa? Apabila kita mass deworming, kita akan hapuskan semua cacing yang susceptible, tetapi bukan semua cacing akan terhapus, sebab akan ada yang resistant. Daripada resistant ni dia akan membiak balik, untuk 3 bulan seterusnya. Then kita mass deworming sekali lagi, hal yang sama berlaku. Dan seterusnya. Daripada shirtless, kepada body armor, kepada armor tank. Cacing jadi semakin kebal dan kebal. Hulk makin dia marah, makin kuat.

Amalan lain yang menyumbang kepada anthelmintics resistance adalah budaya tukar dewormer, ROTATE dewormer. Kejap-kejap tukar, murah je tukar, botol cantik je tukar, kawan baik recommend je tukar, keluar iklan je tukar, menteri sentuh botol je beli, awek cantik promote je beli. JANGAN! kesannya seperti MASS DEWORMING. Kalau budaya ni diamalkan, akan wujud cacing yang lebih hardcore. Total anthelmintics resistance, semua dewormer dia dapat tahan. Dia bagaikan seorang kungfu master yang ada beberapa kitab. Kungfu mabuk, kungfu mentadak, tapak tangan Buddha, kungfu cakar harimau dan segala bala kungfu. First deworming guna albendazole, tinggallah cacing yang resistant dengan albendazole. Yang resistant ni, dia membiak balik. Second deworming, guna ivermectin, yang resistant survive. So, apa kesannya? lahirlah generasi ketiga cacing yang tahan dengan albendazole & ivermectin. Bayangkan kalo dia buat mass deworming, 3 bulan sekali, setiap kali deworming, dia tukar dewormer. MASAK!

Kita kena belajar, kena cuba, kena berani untuk hidup dengan parasit cacing ni. Tetapi pada paras yang rendah la. Bukan mati pun kambing tu kalo ada cacing sikit dalam perut, lagi bagus. Cuma kita perlu pastikan bebanan cacing adalah rendah, dengan paras pathogenicity rendah dan tidak mengganggu kesihatan kambing. Bukan kena mati semua cacing tu. Dengan membiarkan sedikit cacing di kandang, kita akan memastikan populasi cacing yang wujud ni masih sensitif dengan dewormer dan memanjangkan tempoh keberkesanan dewormer tu.

Inilah tugas REFUGIA. Memastikan semua cacing maintain sensitif kepada dewormer. Macam mana? Cacing ni membiak, so, bila susceptible cacing masuk dalam hos, dia akan membiak dengan cacing yang resistant. Maka, daya tahan cacing yang resistant tu, akan berkurangan dalam generasi yang seterusnya. Dan seterusnya. Itu pun kalau kita menerima kehadiran cacing dalam kehidupan kambing kita. Bagi la can dia nak tumpang dalam badang kambing kita, jangan biar dia lawan tokey, pijak kepala je. Daripada 100% resistant, dia jadi 50% resistant. Sebab tu kita perlu biarkan sedikit cacing dalam kandang kita. Kita perlukan cacing untuk lemahkan cacing.

Macam mana? Bertukarlah kepada SELECTIVE DEWORMING. Nak buat apa mass deworming, kalau takda mass attack? Dalam perang, hantar komando 5 6 orang pun dah cukup hapuskan satu batalion. Rambo, dia seorang je dah boleh musnah 1 kem. Yang takda cacing pun kena, yang ada cacing sikit pun kena, naya kambing tu je, dia dah perform, tapi kita menafikan pretasi dia dengan melibatkan dia dalam acara mass deworming. Kos, masa, tenaga kerja banyak digunakan untuk mass deworming. Kalo sekali cucuk kos dia RM1, 100 ekor dan RM100. Kalau 4 kali setahun dan RM400. Boleh beli kambing kampung seekor dua tu.

80/20
Pernah tengok angka ni? Faham angka ni? Saya pun baru nak faham. Rasanya pernah baca yang berkaitan dalam blog Prof Alwi. Apa itu konsep 80/20? Dia lebih kurang macam ni, 80% masalah datang dari 20% punca masalah. Maknanya, 80% jumlah cacing, datang dari 20% kambing di kandang. Haa.. sebab tu wujud SELECTIVE DEWORMING. Kita target 20% ni je, dah setel 80% masalah cacing di kandang. Yang lagi 20% tu, biarkan dia jadi REFUGA. 20% ni pun, bukan selalu ada, mungkin dalam sebulan baru 3 4 ekor. Tengok keadaan. Kenapa kita perlu bersusah payah all out 100%, dengan kesan yang tak capai 100%? Baik kita buat dengan 20% effort untuk hasil 80%. Mana lagi untung? Habis part mass & selective deworming.

Part tukar dewormer. Prof Alwi, beritahu bahawa, guna dewormer yang kita ada sekarang, sampai dia takda kesan melalui selective deworming. Saya setuju. Sebab dengan cara ini kita dapat guna satu jenis dewormer untuk jangka masa yang panjang. Kita tak bagi can dia kenal dewormer lain. Bila dah tak berkesan, then kita tukar, cacing tadi back to zero knowledge about dewormer. Tak rajin nak hurai dah part tukar dewormer ni. Hahaha. Boleh simpulkan sendiri apa kesannya.

Antara faktor yang menyumbang kepada Anthelmintics Resistance:
  • Genetik cacing tu sendiri, dah memang keturunan lanun
  • Daya imun kambing lemah (Baka kambing tak kuat ni..)
  • Salah dose, biasanya faktor terkurang dose.
  • Semua kambing kena deworm, tanpa buat ujian dianostik untuk tentukan keperluan deworming. Asal cukup 3 bulan je, deworm. (kena buat FEC, FAMACHA dulu)
  • Deworm bila refugia kurang. Masa time panas, kemarau. Bagi time hujan la.
  • Guna dewormer yang diragui keberkesanan, yang mungkin tidak efektif
  • Hanya bergantung kepada dewormer untuk hapuskan cacing, tetapi tidak menukar kaedah pengurusan, macam rotate pasture ke, hygiene ke. Guna kaedah semi intensif untuk tingkatkan kadar refugia ke. Hehehe
  • Salah guna dewormer, macam guna dewormer untuk gemukkan kambing. Memang gemuk la kambing tu kalo selalu deworm (tapi tak kuat)
Ok, cukuplah setakat ni. Jadi rasa nak menulis bila baca pasal REFUGIA ni, menarik. Ramai daripada kita tak tahu sangat pasal dewormer ni, saya pun tak tahu sangat, kalau emergency case baru guna chemical drugs. Resistant ni bukan pada anthelmintics je, antibiotics pun ada resistant. Banyak benda, kena hati-hati bila guna chemical, jangan overuse, jangan underuse. Hidup cacing, hidup kambing. Sekian. ^_____^

10 comments:

  1. Salam ust don.

    Panjang lebar betul ulasan.terima kasih.

    Tapi hamba bukan nak komen yg pasal cacing. Cuma nak bagitau hari ni seekor anak kambing hamba turun belajar meragut.umur baru 2 bulan.masih minum susu mak dia..hepi sgt dpt keluar dia pun lompat2 terkinja-kinja sambil bermain2 dgn anak yg lain.sekali salah landing.prraapp..patah kaki depan..hamba decide semelih la sebab patah teruk sgt.satni baru buat bbq anak kambing..perghh terbaikkk..betul lah kata ust don..cabrito mmg ada potensi..semoga ust don berjaya..hamba akan jadi pelanggan tetap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam amigos el cabras

      memang panjang, macam2 nak tulis. hahaha. sama2.

      kesiannya patah kaki, daredevil kot, haha. rawat boleh rawat, tapi lambat la nak sembuh, nak kena ikat la apa la. BBQ anak kambing? Suckling kid, cabrito. ni yang buat saya terliur ni. terbaik ye, hehehe. isi lembut lagi, bau kurang atau takda, manis susu ada, marvelous! insya Allah, matlamat utama akan tetap dilaksanakan. Projek Kambing Muda.

      Delete
  2. Kupasan menarik lagi bernas daripada don capra hircus.

    Nanti aku nak buat post yang ada kaitan dengan ni.

    Patah kaki walau terpusing boleh baik balik. Anak sekejap je pulih. Tapi ye lah kalau dah ngeri sangat rupanya takpelah semelih. Sekali sekala makan daging cabrito, memang payah sangat nak dapat peluang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tengok la sapa sifu saya. cantik prof, jangan tak buat plak.

      merasa la makan cabrito tuan el cabras, mesti tak cukup. haha

      Delete
    2. Ini bukan patah terpusing prof..lepas saya sembelih.terus bukak kulit bahagian patah tu..sekali dah patah/putus..hanging by the flesh only.memang sebelum sembelih tengok kaki terkulai..berpusing 360degrees.paling humane is to put her down.

      Takde rezeki nak bela sampai besar.tapi ada rezeki makan cabrito..hehehe

      Delete
    3. pergh.. brutal betul kecederaan dia. memang, paling humane untuk kita sembelih je. Even kalo ada plastik dalam perut pun kita sembelih je.

      Tu yang best tu, bukan rezeki dia untuk membesar, tapi rezeki amigos untuk merasa cabrito.

      Delete
  3. Replies
    1. Alamak.. refugia la.. hahaha. kena edit ni.

      Delete
  4. Mesti bersebab kenapa Tuhan jadikan cacing dan parasit lain. Pasti ada manfaatnya. Kita pula anggap diorang macam terrorist, macam DefCon level 1, highest level of threat, mesti dihapuskan sepenuhnya.

    Nanti jadilah macam projek kambing kat sabah. yang 2000 ekor tu, Tiap tiap bulan mass deworm. Sekali meletup pemberontakan cacing, habih tergolek semua kambing. Macam cerita pondok tanjung juga ni.

    ReplyDelete

Facebook