Wednesday, May 22, 2013

Ibu Kambing Anak Triplet Kena Mastitis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

lama betul tak menulis, sebulan lebih. sibuk dengan exam, kursus dan terlalu seronok nak balik kampung. ingat ada cerita menarik, cerita menyayat hati pun ada.

11/05/2013, saya balik ke Kedah. sebelum balik, adik ada bagitau, ibu kambing beranak kembar 2. masa on the way balik, dia kol lagi, seekor lagi ibu kambing beranak kembar 3. tapi yang kembar 2 tu dah mati seekor. hoho. gembira bercampur sedih. bertolak pagi tu dari Sibu, Sarawak, sampai di Sungai Petani dalam pukul 8. lepak minum jap dengan adik perempuan & bakal tunang dia. sampai di kedai mak (depan masjid kuala ketil, warung mak tam, nasi kandar) lepak2, sembang dengan mak kejap, terus bergegas tengok anak kambing. seronok tengok kembar 3 tu (ibu bapak kambing kampung, sebenarnya bapak tu anak kepada ibu tu, pikir la sendiri, hahaha). tapi kembar 2 yang tinggal seekor tu, macam lumpuh, tak boleh bangun, kesian. tak tau nak buat apa.


bila tengok tetek ibu 2 2 ekor tu, kembang semacam, bila pegang, keras. ikut dari yang dibaca, kena mastitis. susah hati dah. tengok plak keadaan kambing lain, kena serangan kutu mange, bertambah la sedih. muka dah tak macam kambing, hodoh. bulu belakang tengkuk takda, kulit berlipat mengeras. luka2 pun ada. teruk betul. bila perhati keadaan kandang, memang teruk. kebersihan tak terjaga langsung.

Apa lagi, malam tu jugak call prof Alwi, dia kata cucuk antibiotik pada ibu yang kena mastitis, mass deworming dengan ivomectin untuk rawat mange, mandikan dengan malathion (racun kutu hama).

bukan gambar saya, pinjam

Realitinya, saya hanya tak dapat inject ivomectin, cuma bagi albendazole oral kepada semua kambing. yang lain dapat.

antibiotik, mintak tolong bro Khairie dari Ketemba Agrofarm, Kuala Pegang, Baling. kenal dalam facebook ni. dia suntikkan antibiotik pada 2 ekor ibu yang kena mastitis. masa tu, anak yang macam lumpuh dah mati, kena pijak, yang triplet seekor nyawa2 ikan, kaki terkehel, kena riot. hampeh betul, last mati gak. so, tinggal la 2 ekor anak triplet yang masih hidup sampai saya balik Kapit ni semula. harap2 terus hidup la.

Antibiotik tu ada menunjukkan kesan positif, tetek mengecik sikit. sambil tu, ada tambah bawang putih dalam air dan makanan kambing. Juga, disebabkan mastitis ni, saya dah tau macam mana nak perah susu kambing. at least ada pengalaman yang boleh digunakan di masa hadapan. boleh perah susu kambing dah weh. hehe.

Nak cerita sikit la pasal mastitis yang saya tau. Mastitis ni adalah keradangan payudara. hahaha. manusia pun kena jugak la. jangan ingat kambing je. berpunca daripada jangkitan dalam tetek, melalui puting. bagaimana boleh berjangkit? Daripada amalan kandang yang tidak bersih, kotor. Kuman masuk, dan menyerang. Tetek akan berasa panas, mengeras dan membesar.

Banyak cara merawat, antibiotik, urut, suntik dalam puting. tepek kobis la, tepek kentang la. perah bagi habis, bagi anak menyusu. boleh google di internet. Nanti saya cerita detail pasal mastitis ni.

Langkah pencegahan yang terbaik adalah, memastikan kandang sentiasa bersih dan induk mendapat makanan yang berkhasiat untuk membina daya imun badan. Itu saja untuk kali ni. Banyak benda nak cerita walaupun ada masa seminggu je. Pasal mange belum, orang nak beli kambing belum, tanam rumput belum, lawatan ke kandang belum, kambing hilang pun belum. Jangan biarkan kambing anda kena mastitis, banyak kerja nanti kalo nak rawat. sekian, terima kasih.

10 comments:

  1. Salam tuan.

    Nak kongsi pasal mastitis dari pengalaman saya jaga lembu dan kambing susu.

    Memanh salah satu sebab adalah kandang kotor.saya biasa rawat pakai antibiotik juga.saya biasa pakai Mastikel (commercial name) cucuk kat dlm puting.make sure perah susu sampai habis dulu baru suntik ubat.pastu lurut ke arah atas ambing.

    Biasa ulang setiap hari selama 5 hari.untuk keradangan teruk saya start treatment dgn anti inflammatory injection.lagi effective yg steroid base.

    Setiap kali sebelum dan selelas perah susu kena pakai disinfectant.dpt kat jpv boleh, pakai campuran chlorox dgn air pun boleh.

    Harap kambing takde ape2.sayang sgt sebab ibu boleh produce triplet.induk saya takde pun yg triplet.taktau nak dpt kat mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sempat nak buat semua tu. masa terhad. mana yang termampu je. ubat suntik puting tu ada jual. lepas suntik antibiotik, nampak macam mengecut sket, ok la. anak pun dah boleh menyusu. tapi sebelah je yang budak2 selalu hisap.

      saya baru buat ramuan anti inflammatory, gabung minyak neem, halia, kunyit & daun bunga raya. tapi tak sempat sapu. lupa nak suh adik sapu.

      saya pun tak tau ibu tu boleh produce triplet, sebab tu kelahiran dia yang ketiga, first, seekor, second, twin, third, triplet. nak kata makan cukup, macam tak berapa nak cukup, mungkin sebab genetik dia.

      Delete
  2. Sebenarnya aku bukan disease expert. Boleh tanya vet untuk rawatan.

    Semenjak aku gembala, jarang kena severe mastitis walaupun kandang tak pernah sapu bertahun tahun. Kalau kambing aku kena mastitis aku inject penicilin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya jauhari mengenal manikam prof. hahaha. penicilin tu antibiotik ke?

      Delete
  3. Aii.kira bhaya jgk mastitis ni yer.Den pun xbrpe pndai bab ubat n rwatan ni.Ubat dlm kndg ada ubat cacing(albendazole),ubat mata(terramycin pink eye spray),ubat luka(zoosamex),3serangkai(ivermectin) dah tu jer.Antibiotik(terramycin LA) ada beli tp hilang dah sbb lma xguna.haha.ubat yg den beli ubat cacing n antibiotik je yg lain JPV bg.hehe..

    Mastitis ni mgkin sbb bakteria la,den rsa ini brgntg pd thap kbrsihn kndg n ketahanan pnyakit kmbg trsbut psalnya den rsa kmbg kmpung jrg alami mastistis ni.mgkin sbb pngluaran susu dia sdkit xtahula..kndg den xprnh alami mstistis or kalu brlaku pun den xtau.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saya dah kena baru ada ubat kat kandang, lagi gila. tak rajin nak bagi ubat drug ni. tapi dah kena, terpaksa la bagi. hehehe. pasal ivermectin tu saya akan tulis 1 artikel berkaitan mange.

      apa yang saya baca, sebab jangkitan bakteria. susu ok sebelum ni, cukup. faktor utama sekarang adalah kebersihan kandang. ayam menumpang, macam2 la dia bawak dari tanah tu. dah pernah kena, lepas ni tau la cara nak cegah & rawat. perah susu pun dah tau, pengalaman mematangkan kita. hehe.

      Delete
  4. Den puas rawat kmbg kne mstitis.tahun lepas mmg lepak,mcm brjgkit plak.bnyk punca dia,antaranya puting luka sbb ank gigit.kbersihan kndg pun mgkin pnyebbnya,tp den sapu kndg tiap2 hari.lepas disinfect kndg dgn omnicide,bru reda pnyakit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? hardcore betul.. saya siram kandang saya dengan larutan malathion lepas saya guna rendam kambing, tapi dos tak kuat, bunuh hama kat kandang. kalo bakteria ni, nak guna dettol kot. hoho.

      semua penyakit berpunca dari management kandang. hygiene, biosecurity, SOP, banyak faktor yang kita kena tengok, kena ambik tau, baru kita boleh cegah penyakit, seterusnya mengurangkan kos rawatan dan kebergantungan kepada ubat-ubatan.

      Delete
    2. Ya btul mncegah lg baik dr mgubati. Ada pnyakit yg kita mudah kwal mcm kurap n hama.ada yg pyh kita nk kwal,tau2 je ternakan kita sakit.kdg2 tu pening jugak..

      Delete
    3. seronok kalo dapat p kandang selalu, boleh pantau selalu. saya tak dapat. tunggu raya plak. hoho. untuk penyakit yang tiba2 tu, pantau dari segi pemakanan. makan cukup, zat cukup. insya Allah, kambing2 akan terhindar dari penyakit yang tak diduga.

      Delete

Facebook