Saturday, January 19, 2013

Peluang Dan Halangan Projek Ternakan Kambing, Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ternak 1Malaysia

setelah seketika, baru la dapat update. adapter laptop rosak, so kena la beli baru. tunggu adapter sampai, bil broadband plak sampai, maka, tak dapat la nak bayar bil, sebab portion bil dah digunakan untuk beli adapter. jadi, untuk artikel ni, saya sambung tajuk Peluang Dan Halangan Projek Ternakan Kambing dengan Part 2, Halangan @ Cabaran.


Kawalan Parasit

Parasit adalah musuh dalaman yang perlu kita atasi. Kambing merupakan kondominium untuk parasit. Parasit dalaman mahupun luaran. Jika kita tidak mengawal parasit ini, parasit ini akan membuatkan kita terkeluar dari trek penternakan kambing. Pengurusan parasit terutaman parasit dalaman perlu lebih baik dan efektif bagi memastikan kelangsungan industri ternakan kambing ini. Kebolehan untuk mengenal pasti tanda-tanda utama serangan cacing, merawat kambing yang dijangkiti, dan kebolehan untuk mengurangkan risiko kambing terdedah kepada parasit merupakan pengurusan parasit yang efektif. Terdapat cacing yang membina ketahanan terhadap ubat cacing akibat daripada penggunaan yang agresif. Daya tahan yang terbina ini juga akibat daripada penggunaan ubat yang tidak disahkan berkesan dan dos yang diberikan kurang daripada sepatutnya. Penggunaan herba-herba dan tumbuhan yang mengandungi anthelmintic, alkaloid dan tannin dapat digunakan bagi melawan cacing ini. Bagi mengatasi cabaran ini, penternak mesti  mempunyai pengetahuan mengenai cacing, jenis cacing, kitaran hidup cacing, tanda-tanda serangan cacing, strategi pencegahan dan banyak lagi. Kaedah pencegahan seperti kepadatan stok ternakan, pusingan pastura dan nutrisi yang lebih baik dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubat cacing dan mengurangkan jangkitan cacing.

Pemasaran Daging Kambing

Pada masa kini, permintaan daging kambing semakin meningkat. Dengan kambing BBQnya, akikah, korban dan untuk kenduri kendara. Walaupun permintaan semakin meningkat, terdapat juga ladang ternakan yang mempunyai masalah untuk memasarkan produk kambing mereka. Penternak perlu memikirkan kos pemasaran, harga kompetitif yang dapat menampung pelaburan yang telah dikeluarkan untuk projek ternakan itu. Pemasaran daging kambing tidak menjadi masalah jika penternak mempunyai kemahiran yang cukup. Jaringan penternak antara penyumbang utama dalam memastikan kejayaan pemasaran produk kambing. Mewujudkan hubungan antara penternak dapat membantu penternak itu sendiri untuk memastikan ada aliran tunai masuk. Sama ada daripada pelanggan mahupun penternak lain. Banyak teknik-teknik pemasaran dan strategi pemasaran yang boleh dipraktikkan di ladang. Terdapat juga saluran pemasaran yang boleh dicuba oleh penternak. Promosi perlu dibuat dari semasa ke semasa. Kuasa viral marketing juga jangan dilupakan. Apa yang penting adalah untuk menawarkan produk kambing yang berkualiti dan bermutu tinggi disamping harga kompetitif dan servis yang dapat diberikan. Galakan memakan daging kambing juga menyumbang kepada peningkatan permintaan daging kambing. Orang ramai semakin sedar akan khasiat daging kambing mahupun susu kambing.

Kurang Kepakaran dan Maklumat

Kepakaran dalam ternakan kambing di Malaysia ini kelihatan tidak menyerlah seperti kepakaran dalam ternakan lain. Maklumat terkini mengenai penternakan kambing juga kurang diperolehi daripada organisasi berkenaan. Dari segi maklumat penternakan kambing, maklumat yang diperolehi penternak tempatan tidak setanding dengan maklumat yang diperolehi penternak luar negara seperti Indonesia. Penternak kita mestilah pandai mencari lubuk untuk mencedok ilmu. Sekali lagi, jaringan penternak kambing amat perlu supaya aliran maklumat itu sentiasa diperolehi. Penternak juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk belajar, mencari maklumat mengenai penternakan kambing ini. Walaupun kepakaran di Malaysia kurang, kita masih boleh menggunakan kepakaran-kepakaran luar negara yang banyak menjalankan kajian terhadap ternakan kambing ini. Apa yang sesuai, kita boleh praktikkan.

Kurangnya Bantuan Kewangan

Industri ternakan kambing ini bukannya satu industri yang baru, bahkan sudah lama menapak Malaysia. Tetapi banyak institusi kewangan takut untuk memberi bantuan kewangan kepada penternak kambing. Kejatuhan penternak kambing di zaman Pak Lah, banyak memberi kesan kepada penternak sekarang. Namun begitu, penternak kita masih boleh bangun dengan hasil usaha sendiri. Jaringan penternak, ilmu penternakan dan pemasaran yang baik, dan minat, mampu mengatasi masalah kewangan penternak. Ada caranya, tetapi penternak kita perlu lebih bijak dan lebih kreatif.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini. Artikel seterusnya banyak berkait mengenai parasit dan cross breeding. Insya Allah. Semoga dengan ilmu yang dikongsikan dapat memberi gambaran serba sedikit kepada tuan-tuan mengenai peluang dan halangan dalam projek ternakan kambing. Halangan ni lebih kepada cabaran. Apa yang penting adalah untuk terus mencari ilmu penternakan kambing ini. Saya harap, blog Projek Kambing Muda ini dapat membantu tuan-tuan untuk terus maju dalam projek ternakan kambing. Terima kasih dan selamat maju jaya.

Rujukan:
Fidelis Okpebholo and Tyrell Kahan (2007), Opportunities and Challenges for Developing Small Ruminant Systems, Cooperative Extension Program, College of Engineering Sciences, Technology and Agriculture, Florida A&M University, Tallahassee, Florida (PDF)

3 comments:

  1. saya memerlukan tunjuk ajar dalam bidang penternakan kambing ni..dari mana saya perlu mulakan

    ReplyDelete
  2. saya perlukan bantuan untuk memulakan penternakan kambing ni

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

    ReplyDelete

Facebook