Monday, January 28, 2013

Kisah Pengembala dalam Bible


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam misi mencari kisah gembala kambing Nabi Ibrahim A.S, saya banyak menjumpai kisah-kisah pengembala dalam Bible. Pengembala adalah mereka yang merawat, memberi makan dan menjaga kawanan biri-biri. Selalu disebut didalam Bible. Perkataan Pengembala dalam Hebrew, Old Testament disebut raw-aw, dalam Greek, New Testament disebut poy-main. Dalam Inggeris kadang kala digunakan pastor. [2]

Dalam bahasa Arab disebut Ar-Ra’i, boleh guna Google Translate untuk dapatkan perkataan arabnya. Dalam hadith Nabi Muhammad S.A.W, baginda ada menggunakan perkataan gembala. Antara hadith yang mahsyur adalah hadith “Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu diminta bertanggungjawab keatas gembalaannya..” yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Berbalik kepada kisah pengembala dalam Bible. Mungkin ada dari kalangan tuan-tuan akan melenting, kenapa tidak dikaji Al-Qur’an? Saya cuma ingin berkongsi, hasil penemuan dalam misi mencari kisah-kisah para Nabi yang menjadi pengembala. Hasil penemuan saya ini adalah rumusan daripada sinopsis-sinopsis Bible dalam web-web berkenaan. Tidak dinafikan, isi kandungan Al-Qur’an itu adalah mutlak, terbatal kitab-kitab sebelumnya. Apa yang ada dalam kitab sebelumnya, ada dalam Al-Qur’an. Menjadikan kitab Kalamullah ini satu naskhah suci yang padat, lengkap dengan tersurat dan tersiratnya untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Secara logiknya, supaya kita berpegang pada yang satu, daripada yang satu ini kita bersatu menjadi ummah yang agung. Allahu akbar!

Di dalam Bible, kisah pengembala ini bermula dengan Cain (Qabil) and Abel (Habil), Genesis 4:2. [1] Cain dan Abel diperintahkan untuk berkorban dengan hasil usaha mereka, Cain dengan tanamannya dan Abel dengan biri-birinya, dan. Biri-biri Abel diterima Tuhan, membuatkan Cain cemburu lantas membunuh saudaranya itu. Maka berlakulah pembunuhan manusia atau homicide pertama di atas muka bumi. Sama dengan kisah Habil dan Qabil.

Seterusnya adalah kisah Abraham atau dalam Islam, Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini terdapat dalam Genesis 12:14-20, Abraham pergi ke Mesir bersama isterinya Sarai (Siti Sarah). [1] Firaun suka sangat dengan Sarai ni. Disebabkan dia suka, dia telah beri Abraham biri-biri, lembu, unta, dan orang gaji. Rancangan firaun gagal apabila Tuhan menghantar wabak kepadanya dan rancangan telah diketahui ramai. Disebabkan itu, firaun telah menghalau mereka. Dan ini menjadikan Abraham kaya raya dengan ternakan yang diperoleh daripada firaun itu.

Namun begitu, apa yang saya baca mengenai Nabi Ibrahim A.S, tidak pula disebut firaun memberi biri-biri, tetapi hanya memberi Siti Hajar. [4] Ini kerana setiap kali firaun cuba memperkosa Siti Sarah, dia akan menjadi kaku. Jadi dia mula sedar baginda bukan calang-calang orang. Di sini kita perlu kaji lagi, banyakkan membaca sirah-sirah para anbiya’.

Dan antara pengembala lain yang top dalam Bible adalah Jacob; Genesis 30:31 (Nabi Yaakob A.S), Rachel; Genesis 29:9 (Rahil, isteri Nabi Yaakob A.S), Moses; Exodus 3:1 (Nabi Musa A.S), David; Psalm 23:1-6 (Nabi Daud) dan Yeshua; Jesus (Nabi Isa A.S). [1][2][3] Terdapat banyak lagi nama yang disebut dalam Bible berkait dengan pengembala. Saya menyatakan nama para Nabi dan Rahil dalam kurungan untuk memberi gambaran kepada tuan-tuan siapakah mereka dalam Islam.

Kita perlu banyak membaca dan mengkaji sirah para Nabi kita ini. Rasul ada 315 orang dan Nabi ada 124,000 orang. Yang wajib kita ketahui 25 orang. Dan daripada 25 orang ini, 5 orang adalah Ulul Azmi iaitu Nabi Nuh A.S, Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S.Nabi Isa A.S, dan Nabi Muhammad S.A.W.

Dari Abu Hurairah R.A : Nabi S.A.W bersabda, Allah tidak mengutus seorang Nabi melainkan orang itu pengembala kambing”. Para sahabat bertanya, ‘Dan anda sendiri bagaimana?’ Jawab Nabi S.A.W, “Ya, aku pernah gembala kambing orang Mekah dengan (upah) beberapa qirath (nama mata wang lama)”

Sekian sahaja daripada saya. Semoga apa yang saya kongsikan dalam artikel kali ini dapat membuka mata dan minda kita, untuk mencari, menggali lebih dalam supaya kita dapat mengenali dengan lebih mendalam para Rasul dan Nabi kita. Ada hikmahnya mereka diangkat menjadi Rasul dari kalangan pengembala kambing/biri-biri. Wallahu a’lam. Mohon pembetulan jika saya salah. Terima kasih. Salam ukhuwah fillah.

Rujukan:

1. 2pi.info, The Shepherd: Bible Usage, http://www.2pi.info/bible/studies/ShepherdStudy/view.html
2. Wayne Blank, Shepherds, http://www.keyway.ca/htm2000/20000719.htm
3. Yahoo! Answers, Who were some famous biblical shepherds?, http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20090218204031AAr4Rwd
4. Wikipedia, Hajar, http://id.wikipedia.org/wiki/Hajar

7 comments:

  1. Pengembala kan? Bukan penternak..

    And all of us should enter deep thought..

    ReplyDelete
  2. Hati2 quote dari sumber tak authentic ni. Dah ditambah2 dan diubah tangan manusia. Takut kita dapat saham sebar fitnah sama.

    ReplyDelete
  3. Prof Alwi, banyak sebut pengembala. even Rasulullah pun sebut dalam hadith-hadithnya. penternak bukan pengembala, tetapi pengembala adalah penternak.

    akhi fairul, saya telah letak citation untuk maklumat-maklumat yang saya peroleh. sebagai rujukan, supaya ada bukti yang saya tidak mereka-mereka cerita yang akan mendatangkan fitnah. walau bagaimanapun, ianya masih diragukan kerana Bible yang ada sekarang bukanlah kitab Injil yang original. tapi saya tak dapat la nak ikut sistem APA, untuk citation ni. hehe

    ReplyDelete
  4. Saya tertarik dengan ayat hadis yang terakhir itu...saya minta izin untuk berkongsi yer...dan berharapa ianya hadis sohih

    ReplyDelete
  5. Saya tertarik dengan ayat hadis yang terakhir itu...saya minta izin untuk berkongsi yer...dan berharapa ianya hadis sohih

    ReplyDelete
  6. silakan tuan. insya Allah, hadith ini hadith sohih.

    ReplyDelete
  7. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

    ReplyDelete

Facebook