Wednesday, October 24, 2012

Bintik, Polka dan Dot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, tanggal 24/10/2012, kandang saya telah selamat menerima 2 ekor ahli baru. Polka dan Dot. Polka Dot merupakan anak kepada Bintik. tidak disangka, ingatkan seekor sahaja, tapi rezeki saya, saya mendapat kembar 2, betina kedua-duanya, daripada Bintik yang merupakan ibu dara (first timer la ni).



gambar di ambil pukul 1.30 pagi. Polka Dot baru berumur beberapa jam. haha. Bintik bersama anak-anaknya. lapik lantai sementara, asyik terjerumus je kaki celah-celah lantai tu.

saya ingatkan seekor sahaja memandangkan perut Bintik kelihatan kecil, dan Bintik juga ibu dara. bak kata orang kampung saya, don't judge the book by its cover. kalau diikutkan melalui pembacaan saya, ibu dara yang beranak kembar ini akan dimasukkan dalam golongan elite. wow, betapa rarenya untuk ibu dara dapat kembar 2 seperti rarenya ibu yang beranak kembar 2, 3, 4.

walaupun Bintik merupakan kambing kampung, tapi performance yang ditunjukkan sangat hebat. jadi, secara automatiknya, saya mewartakan Bintik, Polka, Dot, dan bapanya, Jali, tidak akan dijual. tidak pasti dari mana genetik kembar ini datang dari siapa, Bintik atau Jali.

Bintik juga kambing yang agak manja dan mengada. suka kunyah seluar, baju saya. gigit-gigit jari, lengan dan belakang badan kalau saya tak berbaju.

gambar Polka Dot. berumur sehari.

inilah dia Polka dan Dot. warna badan putih, ikut Bintik, telinga ikut bintik, jalur kaki ikut jali. mengenai warna putih, saya ada baca bahawa genetik warna putih lebih dominan dari warna lain. Polka Dot ni, masa awal-awal, kaki selalu terjerumus ke celah-celah lantai. bahkan ada gak jatuh dari kandang sebab jarak papan di dinding agak luas. jadi, kedua-dua problem ini telah diatasi bagi tujuan keselamatan. walaubagaimanapun, saya kagum dengan Polka Dot, walau jatuh dari ketinggian 5 kaki, still standing. hebat. Alhamdulillah.

Polka Dot merupakan kelahiran kedua dan ketiga di kandang saya sejak saya mula ternak Mac 2012. Anak sulong, Awang, sekarang sudah berusia 6 bulan lebih. walaupun kecil, tapi tengok gaya, badan dia lebih padat dan berisi.

Inilah Awang, anak kepada Maria.


Ini pula Jali, bapa kepada Polka Dot, dan ketika hari kejadian, jali dianggarkan berusia 5 bulan lebih! fuyo... ini adalah fakta. Jali usia 5 bulan lebih, Bintik ibu dara, dan mendapat kembar 2 yang jatuh dari kandang still standing. Go go go kambing kampung!

gambar pengubat rindu. sempat gak ambil gambar lepas tampal ruangan di dinding untuk elak Polka Dot jatuh. gambar malam sebelum berlepas ke Sarawak. 27/10/2012. lepas siap di kandang, terus gerak bersiap untuk flight penang ke KL. 28/10/2012 KL ke Sibu, Sarawak.

6 comments:

  1. kelahiran kembar utk kambing dara mmg power,den x pernah lg dpat kembar dri induk dara,semua seekor je.hsil kjian den klahiran kembar lbih mnjurus kpada faktor induk/betina dsbbkan ovum trbhagi dua,or mmg ada dua ovum..dan sperma mcm biasa ada brjuta2 sperma..yg terkuat saja dpt hak utk bersenyawa dng ovum trsebut..jd mgkin fktor genetik laa..oppa kampung style..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perasan plak ada komen. haha. rezeki saya bro isal, dapat anak kembar dara. keturunan dia kena simpan la, untuk naikkan kidding rate kat kandang. faktor genetik yang menguntungkan. hehe. oppa kampung style!

      Delete
  2. Salam.
    Sibu mengajar ke Bro? Di mana?

    ZM

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. saya bukan cikgu. saya pembantu akauntan di kapit. hehe.

      Delete
  3. faktor genetik n faktor nutrisi jga mmainkn pranan..kmbg yg mndpt ckup nutrisi potensi utk mndapat ank kmbar tnggi brbndg kmbg yg kkurangn nutrsisi...nutrisi jga brkait rpat dgn ksihatan kmbing..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya pasti, mak dia suka jilat badan saya. sumber garam yang bagus kot. hehe. kena kaji ni.

      Delete

Facebook