Saturday, September 1, 2012

Australian Bush Goat a.k.a Kambing Feral


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

teruja saya hari ini 1/9/2012 apabila, sifu-sifu kambing telah mengkomenkan diri mereka di entry-entry blog projekkambingmuda.blogspot.com ini. terima kasih di atas kesudian sifu-sifu menerjah blog saya ini. ok, entry pada kali ini adalah berkaitan dengan Australian Bush Goat atau dikenali sebagai kambing feral yang berbulu lebat tanduk panjang ke belakang tu. info-info yang saya tulis ini adalah hasil translate daripada website dan pdf daripada Australia. rujukan diberikan di akhir entry. jika mahu copy, silakan. tetapi mohon jasa baik tuan-tuan untuk meletakkan link ke blog saya ini dan sila letakkan link blog anda di bahagian comment entry ini. entry ini akan sentiasa diupdate dari semasa ke semasa kerana banyak lagi info yang belum dimasukkan. silakan untuk membaca.



Pengenalan

Kambing feral adalah kambing domestik yang telah menjadi liar, tidak seperti haiwan liar yang semulajadinya liar. Di Australia, kambing feral ini dipanggil Australian Bush. Kambing-kambing ini banyak dijumpai di kawasan berbukit yang banyak pokok renek, kawasan pertanian. Kambing feral bergantung dengan air, oleh itu tidak terdapat di kawasan padang pasir walaupun kambing-kambing ini dapat menyesuaikan diri di kawasan yang sukar. Kambing feral ini juga tidak didapati di kawasan yang terdapat anjing liar dan dijumpai di kawasan yang mempunyai populasi manusia yang sedikit. Kambing feral wujud lebih 28% Australia. Kawasan yang mempunyai kepadatan yang tinggi dengan populasi kambing feral ialah  New South Wales Barat, Australia Selatan, Australia Barat dan Queensland. Terdapat sekurang-kurangnya 2.6 juta kambing feral di Australia tetapi jumlah ini berubah dengan banyak semasa kemarau, program pengurusan dan kesuburan yang tinggi, maka ianya susah untuk menentukan jumlah yang tepat.



Sejarah

Kambing tiba di Australia bersama konvoi pertama pada 1788. Mereka kecil dan tahan lasak, makan pelbagai jenis tumbuhan dan membekalkan susu serta daging, jadi sesuai untuk ternakan koloni Eropah. Semasa kurun ke 19, pelayar melepaskan kambing di pulau-pulau dan beberapa kawasan darat untuk makanan kecemasan. Baka-baka tertentu diimport untuk bulunya. Kebelakangan ini, kambing digunakan untuk menghapuskan rumpai-rumpai dalam tanaman hutan dan tanah-tanah tempatan. Kawanan feral ini terhasil daripada kambing domestic yang terlepas, ditinggal atau dilepaskan. oleh itu, kambing feral ini mempunyai genetik daripada pelbagai jenis baka, bulunya yang lebat mungkin daripada baka cashmere, tanduknya mungkin daripada baka spanish.


Haiwan Perosak

Kambing feral dianggap sebagai haiwan perosak kerana kehadiran mereka membawa banyak masalah. Meraka makan apa sahaja, kesan dari pemakanan berlebihan, tumbuhan-tumbuhan tempatan seperti herba-herba, rumput-rumput dan pokok-pokok sukar untuk tumbuh dengan baik. Kambing feral ini juga bersaing dengan haiwan-haiwan tempatan dan domestik dari segi makanan, kawasan dan tempat berteduh. Ini akan memberi kesan terhadap haiwan-haiwan tersebut. Kambing feral ini juga membawa penyakit footrot yang boleh menjangkiti biri-biri. Mereka juga membawa penyakit eksotik seperti penyakit kuku dan mulut yang boleh menular di Australia. 

Sumber Ekonomi

Walaupun kambing feral ini adalah haiwan perosak, kambing-kambing ini juga mempunyai nilai ekonomi. Penuaian kambing feral ini untuk daging bermula pada tahun 1953 dan telah bersambungan sehingga ke hari ini. Komponen-komponen tuaian komersial adalah termasuk sukan memburu, eksport hidup, dan penyembelihan. Hanya kambing sukan memburu sahaja dikelaskan sebagai daging permainan. Lebih kurang 80-90% kambing feral yang ditangkap mempunyai nilai komersial. Apabila dicampur dengan sukan memburu dan operasi tidak komersial, jumlah kambing feral yang dituai melebihi 1.3 juta pada tahun-tahun kebelakangan ini. Kesan daripada ini, penternak-penternak di Malaysia dapat mengimport Australian Bush Goat a.k.a kambing feral untuk tujuan ternakan dan pembiakan, terutamanya untuk tujuan akikah dan korban.



Kambing feral betina dikacukkan dengan penjantan boer untuk menghasilkan baka yang mempunyai komposisi daging yang lebih berat. Kambing feral juga dikacukkan dengan angora atau cashmere untuk tujuan komersil bulu.

Pemakanan

Pemakanan kambing feral adalah seperti kambing biasa. Namun begitu, kerana hidup bebas, kambing feral ini mempunyai pilihan makanan yang tersangat luas. Daun-daun hijau, ranting muda, kulit pokok, bunga dan akar. Kambing-kambing ini makan hampir semua tumbuhan di kawasan pedalaman dan kerap kali makan tumbuhan yang dielak biri-biri dan lembu. Jika tidak terdapat pucuk-pucuk untuk dimakan, kambing feral boleh bertukar kepada meragut rumput.

Pembiakan

Kambing feral hidup dalam kawanan dan, walaupun jantan dan betina hidup berasingan sepanjang tahun, mereka berkongsi 1 kilometer persegi di bawah keadaan yang bagus, tetapi kawasan yang lebih luas apabila makanan dan minuman terhad. Dua kumpulan ini akan bercampur apabila tiba musim mengawan. Kambing feral boleh mengawan sepanjang tahun dengan waktu kemuncak sewaktu musim panas. Kambing betina capai umur matang seksual pada tahun pertama, dan menghasilkan seekor anak. Kambing betina yang lebih dewasa kembar dua atau tiga. Dalam musim yang baik, kambing feral boleh beranak dua kali setahun. Kadang-kadang, terdapat ibu yang masih menyusukan anak tetapi telah bunting untuk kelahiran seterusnya. Anak kambing menyusu sehingga umur 60 hari. Hal ini menjadikan populasi kambing feral ini bertambah dengan cepat. Kambing feral berpotensi untuk meningkatkan populasi mereka sehingga 50% setahun. Kesannya, kambing-kambing ini dapat menggantikan kambing yang berkurang akibat penuaian dan bentuk kawalan yang lain. Waktu bunting adalah 150 hari.

Kawasan teduhan

Kambing feral akan bermalam di tapak tradisional. Komposisi kumpulan dan kehadiran berbeza, bergantung pada perubahan musim dan pergerakan kambing jantan. Kambing feral menggunakan kawasan yang tinggi atau sukar untuk dicapai sebagai tempat berteduh berkemungkinan untuk mengelak risiko pemangsa. Kawasan berbukit adalah kawasan yang menjadi pilihan kambing feral.

Berat Badan

Kambing feral mempunyai berat badan dan saiz yang berbeza. Semasa kelahiran, dianggarkan berat anak kambing feral 2.5 ke 3.0 kg dengan anak jantan lebih berat daripada betina. Selepas cerai susu, pertumbuhan berbeza, bergantung pada nutrisi, musim, aktiviti pembiakan dan umur. Purata pertumbuhan untuk jantan adalah sekitar 65g/hari pada umur 9 bulan sehingga 40g/hari pada umur 18 bulan. Berat kambing dewasa bagi betina lebih kurang 45 kg dan jantan boleh capai 60kg.

Warna

Di Australia, warna kambing feral kebiasaannya adalah berwarna putih. Banyak kambing yang mempunyai campuran pelbagai warna. Warna-warna lain adalah seperti kelabu, krim, hitam, perang dan coklat. Seperti pejantan feral saya, Black, ianya berwarna hitam. Boleh lihat entry mengenainya di sini Black.

Penyakit

Kebanyakan kambing feral bebas dari penyakit bacteria kecuali Caseous lymphadenitis, yang mana dikesan dalam sebahagian kecil di rumah sembelihan semasa kaji selidik dijalankan. Jangkitan kutu tersebar luas, kehadiran parasit pula berbeza antara kambing dan antara kumpulan. Namun begitu, jangan risau mengenai kambing feral yang terdapat di Malaysia. Kambing-kambing feral yang diimport telah menjalani tapisan demi tapisan sehinggalah ia dapat diimport. Ini adalah penting supaya, penularan penyakit ternakan di Malaysia dapat dicegah terlebih awal. 

Kesimpulan

Kambing feral ini berpotensi dimasukkan dalam program penambaikan genetic kambing kampung Malaysia. Di Australia saja, kambing feral digunakan untuk mendapatkan baka yang lebih baik. Kambing feral ini lebih murah dan tahan lasak, sesuai untuk untuk persekitaran Malaysia. Bagi penternak yang hendak mulakan projek penternakan kambing, saya cadangkan untuk gunakan kambing feral ini sebagai pejantan. Cuma perlu pilih yang terbaik, semestinya gred A. Ini kerana, kambing feral yang diimport ini, terdapat pelbagai saiz, pilih yang terbaik, umur muda dan beratnya 50kg ke atas.

Antara kejayaan feral kacukan kampung, boleh lihat di blog Feral KK di feral-kk. anda pasti teruja seperti saya. tetapi menurut tuan punya kambing, feral ni dibawa masuk untuk tujuan sembelihan sahaja.



Rujukan:

  1. The Australian Bush Goat, cga.org.au/goatnotes/A001.php
  2.  The Feral Goat (Capra Hircus) (pdf), http://www.environment.gov.au/biodiversity/invasive/publications/pubs/feral-goat.pdf
  3. The Feral Goat (Capra Hircus) (pdf), http://www.daff.qld.gov.au/documents/Biosecurity_EnvironmentalPests/IPA-Feral-Goat-PA18.pdf
  4. Feral goat FAQs, http://www.feral.org.au/pest-species/faq/feral-goat-faqs/
  5. Feral goats in Australia, http://en.wikipedia.org/wiki/Feral_goats_in_Australia


8 comments:

  1. Rajin jgak bro DOn ni mengkaji,bgus2.apa yg penting adalah pencarian ilmu yang berterusan.Aku seronok baca fakta2 ni sbb nak mencari malas jgak sebenarnya.haha..orang lain duk kata Boer bagus,bro kata Feral bagus iye.marah pulak Pengimport Boer nanti bro.hehe..bagi aku kambing luar mcm Feral,Boer,Jamna,Anglo Nubian bagus dari segi saiz besar dan daging byk.Cuma perlu diinject darah Malaysia sikit dari kambing kampung atau katjang untuk membentuk ketahanan terhadap penyakit,iklim,makanan tropika..Hybrid Vigor kata omputih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. mood tengah rajin, tu yang translate tu. saya rajin cari, pastu simpan buat pekasam dalam laptop. nak baca, kena cari lain. dah ada kambing sendiri ni, semangat dia lain. mula la recall balik benda2 yang dah baca dulu. bertahun-tahun punya info pun ada.

      janganlah marah wahai pengimport boer. tapi saya memang tak berkenan yang jual harga ikut baka, sebab tu banyak terlangkup. dulu, anak cross, harga ratus-ratus, umur 6 bulan. kalau kambing kampung, dah boleh dapat 2 3 ekor. kalau feral, dah dapat yang ada umur. harga sekarang pun maintain sebab nak tampung kos makanan plak. saya kata bagus sebab saya minat feral dari boer. daging memang banyak, tapi warna coklat putih. boring la kalau tengok hari-hari. macam tv hitam putih je. kalau saya nak masukkan boer pun, boer kacukan betina saja.

      saya setuju dengan bro Isal. memang nak dapatkan pejantan kacukan yang berdarah tempatan gak. feral tu saya nak kahwinkan dengan kambing kampung yang besar, di kandang ada 3 ekor yang bersaiz agak besar. then, bila dapat anak, saya akan pilih pejantan yang terbaik untuk saya gunakan sebagai hero utama saya macam Robert bro tu. hehe. Hybrid Vigor yang stylo. haha. dah dapat yang tu, dia boleh proceed la kat kandang tu, sampai saya transfer sana.

      Delete
  2. Feral ni pun dah kira kambing kacuk le. Aku beli feral dulu ada masa macam saanen ( sebab ada tanglung di lehernya), ada masa macam kambing anglo. Cuma diorang ni dah liar. Feral to liar maknanyakan.

    Jadi kalau kita kacukkan sembarangan boleh tahu baka mana kita nak ambil ciri2nya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sedia maklum yang feral ni liar. atau lebih spesifik, menjadi liar. bukan liar semulajadi. memang ada banyak genetik dalam feral ni. saanen, anglo, spanish, cashmere. kambing kampung sekarang pun banyak yang bukan fullblood katjang. purebreed pun mungkin susah. kacukan boer, kacukan jamnapari. saya guna pejantan feral ni sebab nak dapatkan sifat survival ratusan tahun feral ni. ketahanan dia. penyesuaian dia. dikacukkan dengan induk kampung yang tahan dengan cuaca kita. hasil daripada ni, saya akan pilih balik untuk fasa seterusnya. mungkin ada yang menentang saya, tapi ini cara saya. kalau saya tak cuba, saya tak tahu. saya perlukan stok yang banyak baru boleh buat selection. pape pun kena tunggu la hasilnya tahun depan.

      Delete
  3. Salam..tahniah coz dapt sediakan info yg padat n berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan. dok godek2 post, baru jumpa komen. haha.

      Delete
  4. I am really inspired together with your writing abilities as neatly as with the format to your
    blog. Is that this a paid subject matter or did
    you modify it yourself? Either way stay up the nice high quality writing, it's uncommon to see a nice weblog like this one nowadays..


    Feel free to visit my site - keraplex bio; http://www.Gaysphere.net/blog/163161/for-picking-on-a-minoxidil-hair-solution-guidelines,

    ReplyDelete
  5. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

    ReplyDelete

Facebook